The Moment We Never Had

Assalammualaikum! Kaifahalukum? oh aiseh man ana berbahasa arab harini. asyik2 bahasa melayu, bahasa inggeris. hahaha takde lah gila kau nak cakap arab. k sebenarnya aku nak cerita pasal harini. ye harini. tau tak harini hari apa? HARI YANG BERMAKNA BUAT SAKINAH. ahahahahaha okay salah. harini ada jamuan untuk budak2 tahun enam. 

Pagi tu, cikgu annouce suruh budak 6A-6E tukar kelas ngan budak2 tahun 1 kat bawah sekali. kitorang pon kemas lah kelas tu and bawak keluar meja untuk guna kat dataran glomac. dah siap budak nasyid kelas aku latih nasyid kejap, kitorang kena buat persembahan sebab time pertandingan haritu menang. 

Lepas berlatih pergi berbaris ikut kelas dulu. then ucapan merapu guru besar and cikgu dah habis baru nasyid.  time ni lawak kot. hahaha nevermind, this is just persembahan. bukan pertandingan, cikgu pon cakap buat biasa2 je. after kitorang, budak 6D pulak buat persembahan choir. sebab dorang menang time pertandingan haritu. 

Then, tibalah masanya untuk kitorang melantak. semua orang dapat nasi ayam. nasi ayam dia memang nak bagi orang kenyang terus tak payah makan lagi dah weh. sumpah aku cakap, ramai gila tak habis. nasi dia penuh satu polysteryne bhai. sedap memang sedap, tapi cekik darah nak habiskan. aku even tak breakfast pon tak dapat habiskan. apa lagi orang yg dah breakfast. mesti makan suku je. time makan2 ni tak best sangat, budak tahun lepas punya lagi best!

Dah makan semua, kitorang kemas lah dataran glomac tu. bersepah gila. dah lah crowded. yelah budak tahun 6 ada 500+++ weh. nak dekat 600 dah. aku rasa kalau ada pelawat yg datang sekolah time tu mesti sekolah aku dapat gred F terus. hahahaha kemas punya kemas akhirnya bersih jugak sebab ada aku. haha aku buang aku punya je pon ^^

Time tengah watlek watkool kat situ dalam barisan, dapat air kotak susu coklat dutch lady tu pulak. hahaha yang ni punya tak payah bagi surat. semua dapat xD lepas tu ada penyampaian hadiah untuk aktiviti2 tahun 6 lepas UPSR macam Nasyid, Singing Competition, Netball, Bola Tampar, Galah Panjang, Catur and many else. kelas 6A menang banyak kot. hahaha kitorang kan awesome!

Lepas penyampaian hadiah, kitorang nyanyi lagu Doa Perpisahan. cikgu ni semangat betol lah, lek sudah. belum lagi habis sekolah. orang nyanyi time last day, baru ah sedap. tapi tadi pon ada jugak yang meleleh, hahaha. aku tak nangis sebab aku merayau rakam dorang semua nyanyi. PASTU HUJAN HAHAHAHAHA SUMBANG SANGAT KOT KITORANG NYANYI xP

Time hujan kitorang bebrsurai. pastu banyak jugaklah kelas yang photoshoot. best gila. main hujan semua, simbah2 air. pastu kitorang pergi kat padang lagi gempak, main lecak semua, time ni aku join, Faten jadi photographer. sumpah bestttttttt dah basah kuyup lencun semua ada. sebelum balik kitorang pergi lah mandi jap kat toilet. mandi biasa2 je macam lepas mandi swimming pool tu. pastu balik, lepak rumah syahirah. 

Apa apa pon, harini best gila. aku suka time kat padang. kalau nak tengok gambar, tunggu fb aku boleh bukak dulu. masalah gila -.- Sakinah and Zharif dah couple balik. happy lah tu hahahaha. okay bye bye xD